Isnin 21 May 2012

Sponsor Anda : Norhazliza Bte Husen - Selangor

Profil Syarikat

Pada tanggal 11hb Januari 2011, SZBeauty2u.com mula menapak dan diperkenalkan di Malaysia. Dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera dibawah naungan S'Z Beauty Care Sdn Bhd. Aktiviti utama syarikat ini adalah mengeluarkan dan memasarkan rangkaian produk rawatan kecantikan yang dihasilkan dari dalam dan luar negara.

Rangkaian produk rawatan kecantikan yang menjadi nadi penggerak bagi syarikat ini dihasilkan di kilang kami iaitu di Marikina City, Philippines. Rangkaian produk yang dipasarkan adalah asli dan tidak meniru mana-mana produk keluaran syarikat lain. Hal ini adalah kerana, pakar-pakar Dermatologi yang sangat terkenal di Philippines telah menghasilkan formula khusus bagi keluaran syarikat S'Z Beauty Care Sdn Bhd. Produk yang dipasarkan tidak perlu lagi disoalkan keselamatan dan kesuciannya. Kelulusan dari Unit Kawalan Farmaseutikal, Kementerian Kesihatan Malaysia telah diterima Sijil Halal yang dikeluarkan oleh Ulamah Conference Of The Philippines juga merupakan salah satu badan yang diperakui oleh pihak JAKIM.

Satu pendekatan yang sangat releven telah diambilkira ketika mewujudkan perniagaan ini. Pendekatan yang dimaksudkan adalah dengan menjadikan perniagaan ini sebagai perniagaan yang boleh diceburi oleh sesiapa sahaja tidak kira muda atau tua, wanita atau lelaki mahupun celik IT atau tidak. Rangkaian produk rawatan kecantikan SZBeauty2u sangat berkualiti dan mampu dimiliki oleh pengguna. Justeru itu, pihak syarikat telah mewujudkan sistem website yang amat mudah dan berkesan bagi digunapakai oleh ahli dalam memajukan perniagaan mereka. Selaras dengan perkembangan teknologi dan kemudahan internet yang sedia ada, pengguna mampu bekerja dimana sahaja dengan menggunakan sistem yang dibekalkan.